Kids for Temengor Expedition (KITE) 2014

KITE-Brochure-Cover

Kids for Temengor Expedition (KITE) 2014

Program terbaru yang telah diperkenalkan oleh GRM pada tahun 2014 ialah kem ekspedisi para pelajar di Hutan Temengor. Ekspedisi lima (5) hari ini telah disertai oleh 70 orang pelajar dan guru pengiring dari 14 buah sekolah dari seluruh Negara. Kem dan ekspedisi yang terbahagi kepada sekolah rendah (Hornbill) dan sekolah menengah (Pioneer) telah dijalankan secara serentak di Banding Base Camp dan di Tanjung Satu, di Pulau Banding, Gerik, Perak.

Program ulung ini telah dirasmikan oleh Pengasas GRM, Ybhg Tan Sri Datul (Dr.) Hj Mustapha Kamal bin Hj Abu Bakar. Beliau, bersama-sama AJK Pusat GRM yang lain turut melepaskan para peserta di dalam satu majlis ringkas, namun meriah.

Objektif program ini adalah untuk menanam rasa cinta pada alam semulajadi dan mengetahui tentang kepentingan memelihara dan memulihara hutan Malaysia. Selain itu, program itu juga bertujuan untuk menggalakkan para pelajar bersikap ingin tahu di dalam semua bidang. Para pelajar dan guru pengiring dari setiap sekolah telah memilih dua jenis kajian sepanjang program ini. Antara kajian yang dilaksanakan adalah kajian tentang serangga, kajian kualiti dan kitaran air, bunga Rafflesia, mengenalpasti tumbuhan dan kajian fauna akuatik dan mamalia.

Peserta sedang meneliti hidupan akuatik sebagai salah satu indikator biologi dalam kajian kualiti dan kitaran air.Peserta sedang meneliti hidupan akuatik sebagai salah satu indikator biologi dalam kajian kualiti dan kitaran air.
Tuan Hj Anuar bin Abdul Hamid, Penolog Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, merangkap AJK Pusat GRM telah hadir dan memberikan ucapan penutupan serta menyampaikan sijil penyertaan kepada guru-guru pengiring dari semua sekolah, serta hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan.

Turut hadir semasa majlis tersebut, ialah Encik Fakhrul Hatta bin Musa, Pengarah Perhilitan Negeri Perak yang juga AJK Pusat GRM dan Dato’ Abdul Rashid Malik, Ketua Pegawai Operasi, Pulau Banding Foundation.



Peserta-peserta, guru-guru dan fasilitator di majlis penutupan KITE 2014.Peserta-peserta, guru-guru dan fasilitator di majlis penutupan KITE 2014.

Menurut Tuan Hj ANuar bin Abdul Hamid, para peserta yang rata-rata berumur di antara 10-14 tahun tersebut, telah didedahkan kepada perkara-perkara yang akan dipelajari hanya apabila mereka berada di tingkatan 5 atau 6 kelak. Beliau turut menyatakan rasa bangga dapat membantu GRM dari peringkat mula, dan melihat sendiri hasilnya, di dalam perubahan sikap para pelajar, di samping ilmu yang diperolehi oleh para peserta.

Adalah diharapkan KITE boleh dijadikan acara tahunan bagi membolehkan lebih ramai pelajar mendapat peluang untuk mengenali alam semulajadi dengan lebih rapat dan belajar tentang cara-cara melindunginya.

Peserta sedang mengukur lilitan pokok dibantu oleh seorang guru dan fasilatator terlibat.
Peserta sedang mengukur lilitan pokok dibantu oleh seorang guru dan fasilatator terlibat.


Peserta melawat perkampungan orang asli. Peserta melawat perkampungan orang asli.

kumpulan Pioneer semasa lawatan ke perkampungan orang asli kumpulan Pioneer semasa lawatan ke perkampungan orang asli


Majlis pelepasan yang disempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Datuk (Dr.) Hj. Mustapha Kamal.Majlis pelepasan yang disempurnakan oleh Ybhg Tan Sri Datuk (Dr.) Hj. Mustapha Kamal.

Peserta kumpulan Hornbill yang berkampung di Banding Adventure Camp Peserta kumpulan Hornbill yang berkampung di Banding Adventure Camp


peserta belajar dan berkenalan dengan sampel-sampel serangga di Pulau Banding Rainforest Research Centre (PBRRC).peserta belajar dan berkenalan dengan sampel-sampel serangga di Pulau Banding Rainforest Research Centre (PBRRC).

IMG 1270 Para peserta mengenal alam dan kepentingan hutan dengan lebih dekat dalam aktiviti jungle trekking.


Peserta menganalisa hasil dapatan kajian.Peserta menganalisa hasil dapatan kajian.

Semua peserta kumpulan Hornbill dan Pioneer mengabadikan kenangan di Banding Adventure Camp.Semua peserta kumpulan Hornbill dan Pioneer mengabadikan kenangan di Banding Adventure Camp.

  • gr movement banner
July  2019
S M T W T F S
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
© 2012-2017 Green Ranger Malaysia. All rights reserved.